Kajian tentang penyakit-penyakit aneh- “TREEMAN”
saya tidak dapat terbayang betapa banyak cabaran yang mereka-mereka dalam video-video ini hadapi. saya terasa amat terperanjat dengan penyakit-penyakit yang aneh ini. juga, saya rasa kasihan kerana ramai diantara mereka menerima rawatan setelah lama menghidap penyakit ini. seperti “lelaki pokok”, dia mendapat rawatan ketika dia berumur dalam 30an padahal dia menghidap penyakit itu ketika dia masih remaja lagi.
saya sedar betapa untungnya saya kerana dilahirkan sebagai manusia yang sempurna tubuh dan akal.
SURAT KIRIMAN RASMI
Nazreena Bte Abdul Kader
Blk 173 Jalan Kayu
#08-128
Singapura (310173)
20 Julai 2009
Ke hadapan sahabatku Ameera Louisa Yang berada di rantauan Semoga senantiasa selamat selalu Saudari Saya berada dalam keadaan sihat, terima kasih. Saya berasa amat gembira mendengar awak berada dalam keadaan sihat dan gembira. Saya akan memberitahu awak tentang bagaimana kami menyelamatkan bumi.
Di Singapura, kami melakukan banyak perkara untuk menyelamatkan bumi. Antaranya ialah sekolah-sekolah kami mengadakan sebuah kelab yang selalunya dipanggil “Green Guradians”. Kelab ini melakukan banyak usaha-usaha untuk menyelamatkan bumi kami ini. Satu dariapadanya ialah mengadakan usaha-usaha mengkitar semula barang-barang yang berguna. Mereka juga memasuki aktiviti-aktiviti luar sekolah yang berkanaan dengan menyelamatkan bumi kami. Kami juga mengadakan hari bumi yang baharu sahaja diadakan tahun ini. Pada hari bumi ini, kami akan mematikan semua bakal elektrik di rumah-rumah kami selama sejam. Ini dilakukan di banyak negara di seluruh dunia.
Selain daripada itu, kami juga meletakkan tong untuk meletakkan barang-barang yang boleh dikitar semula. Tong-tong ini selalunya diletakkan di kolong-kolong blok di merata Singapura. Mereka yang bertanggungjawab akan mengosongkan tong ini dan membawa isinya ke tempat-tempat yang tertentu.
Itulah cara-cara kami membantu bumi untuk melawan pemanasan global. Memang benar apa yang awak katakan bahawa kami harus bermula untuk menyelematkan bumi. Saya berasa amat gembira kerana telah dapat berkiriman surat dengan awak. Saya harap untuk menerima balasan surat daripada anda. Jagalah diri awak baik-baik sementara berada di serantau.
Yang ikhlas
Nazreena.
Ayah.
Hujan yang turun semakin lebat membasahi bumi dan angin tiup dengan kuat. Aku menggengam batang payungku dengan ketat. Tanah yang lecak mengotori kasut-kasut para pengikut. Aku memandang ke belakang sekali lagi. Kini, aku sedari.
Walaupun ayah telah berulang kali menasihatiku, aku tetap degil. Aku tergolong dalam kanak-kanak yang nakal di sekolah. Merokok, menipu dalam peperiksaan dan memonteng sekolah hanya antara beberapa perkara yang aku lakukan. Semenjak ibu meniggal dunia, hidupku menjadi huru-hara. Nampaknya sekarang, keadaan semakin teruk.
Sambil aku berjalan ke arah kereta, kata-kata ayah bermain-main di mindaku. “Kalau sekarang ayah ada, Liyana dah nakal. Kalau ayah tak ada macam mana agaknya…” Sekarang, kata-kata ayah memang benar. Aku sudah menjadi anak yatim piatu. Ayah menjaga diriku dengan baik namun aku tidak pernah berterima kasih. Kadangkala, perkataan-perkataan yang tidak elok aku gunakan untuk memaki ayah. Aku sering berlaku biadap terhadap ayah. Tetapi, ayah tetap sabar dan menyayangiku.
Sehingga ke saat terakhirnya, dia masih memikirkan anaknya. Ayah memegang tanganku dengan tenaga yang masih ada dalam dirinya. “Jangan nakal sayang. Jadi budak yang baik. Ayah akan selalu ingat akan Liyana.” Kata-kata akhir ayah berbunyi begitu. Dia pun menutup matanya tanda selamat tinggal.
Matair menitis ke pipirku ketika mengingat kembali saat itu. Mindaku memikirkan tentang perangai dan perlaku diriku terhadap ayah. Semuanya sudah terlambat. Apa yang aku telah lakukan kepada ayah tidak boleh dipadamkan. Tidak aku sangka Tuhan akan mengambil ayah kembali sebagai penyedar untuk diriku.
Tetapi, aku terima. Selama ini, ayah susah dan aku senang. Kini, giliranku pula. Ayah, aku meminta maaf dan kata-kata ayah akan aku ikuti. Ayah ialah seorang ayah yang baik, terbaik yang seorang anak boleh terima. Berehatlah ayah, aku sudah cukup menyusahkan dirimu. Ayah akan selalu berada dalam ingatan, minda dan hatiku. Ayah akan Liyana sentiasa sayangi. Selamat tinggal Ayah.
Jasa Ibu.
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Bila du berduka
Engkau hiburkan selalu
Ibi ibu engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Tiap waktu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air laut
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Wahai ibu
Betapa tidak hanya engkaulah
Yang menyinari hidupku
Sepanjang masa engkau berkorban
Tidak putusnya bagai air laut
Ibu ibu engkaulah ratu hatiku
Tempat ku menyerah kasih
Wahai Ibu…
Bersendirian di rumah.
Hari semakin malam namun cuaca semakin panas dan aku terasa bahangnya. Kepanasan membuatku teringin untuk segelas air yang berais. Aku bangun lalu menyeret diriku ke dapur. Gelas kacaku berdecing ketika dituang air ke dalamnya. “Ahhh,” aku fikir pada diriku. Rasa air yang berais turnmembasahi tekakku amat menyegarkan. Tiba-tiba kedengaran guruh yang nyaring. Tidak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebat. Kebahangan yang dirasakan hilang seperti air yang dicurah ke api yang perlahan-lahannya mati. Aku berjalan ke arah bilikku. Tiba sahaja di pintu bilikku, telefon berbunyi. “Siapa yang telefon malam-malam buta?” aku memikir pada diriku. Aku mengheret kakiku kearah telefon lalu mengangkat gagang telefon.
Terperangkap dalam lif.
Tiba-tiba, lampu lif mati dan lif berhenti secara mendadak. Aku melihat ke sekeliling lif yang gelap degan panik. Di mana aku pusing hanya kelihatan kegelapan. Hatiku berdegup-degup dengan pantas. Aku terfikir untuk menggunakan lampu telefon bimbitku untuk menyala kegelapan yang amat menerangkan walaupun ia gelap. Aku terus mencapai ke dalam kocekku untuk mendapat telefon bimbitku. Namun, tidak ditemui. Telefon bimbitku tertinggal di rumah.
Tarian.
1. Penari-penari di dalam video amat berpengelaman kerana boleh membuat apa sahaja dengan badan mereka.
2. Mereka amat fleksible dengan cara mereka menari dan keupayaan menarikan tarian-tarian yang mereka boleh tarikan
3. Penari-penari ini boleh menarikan apa sahaja tarian yang ada, salsa, hip hop dan banyak lagi.
4. Tarian hip hop ini semakin popular di kalangan remaja-remaja dan juga dewasa zaman sekarang.
5. Hip hop adalah sebuah tarian yang memeng mencergaskan badan dan ia juga mencabar betapa fleksible badan kami.
6. Tarian boleh ditari semasa waktu lapang, acara-acara rasmi atau untuk dilakukan sebagai hobi
Surat balasan kepada “Aktif”
Terima kasih kerana telah menulis kepada saya, “Aktif”. Menurut
pandangan saya, Aktif sepatutnya menyertai aktiviti Badminton.
Memandangkan Aktif selalu melungsuri internet sehingga jauh malam,
badminton tidak begitu memenatkan berbanding dengan aktiviti kadet Polis Kebangsaan. Juga badminton akan meniolong Aktif untuk sekali gus bersenam juga. Supaya Aktif akan sentiasa sihat.
Saya berharap aktif menyukai idea saya dan saya telah membantu Aktif. Terima kasih kerana telah menulis kepada saya tentang masalah anda.
Nurul.
Surat balasan kepada “Aktif”
Terima kasih kerana telah menulis kepada saya, “Aktif”. Menurut
pandangan saya, Aktif sepatutnya menyertai aktiviti Badminton.
Memandangkan Aktif selalu melungsuri internet sehingga jauh malam,
badminton tidak begitu memenatkan berbanding dengan aktiviti kadet Polis Kebangsaan. Juga badminton akan meniolong Aktif untuk sekali gus bersenam juga. Supaya Aktif akan sentiasa sihat.
Saya berharap aktif menyukai idea saya dan saya telah membantu Aktif. Terima kasih kerana telah menulis kepada saya tentang masalah anda.
Nurul.
Selamat Hari Raya ;DDD
Terdengar takbir Syawal tersedu
Mila bersalam penuh ceria
Budiey di sini menumpang lalu
Mengucap salam lebaran mulia
Awal Syawal hari kemenangan
Peminat Fatin saling berkunjungan
Tahmid bertakbir erti ketenangan
Bagi insan penuh kekurangan
Lemah gemalai Dekna menari
Heliza tersenyum cantik dipandang
Meriah berkumpul di Aidilfitri
Sahabat handai datang bertandang
Ebi dan Rizal mandi di perigi
Noni dan Diya menilik diri
Sinar Aidilfitri menjelma lagi
Masing-masing pakai berseri
Berhati-hati dijalan raya
Itulah pesan si Linda jelita
Sama-sama menyambut raya
bermaaf-maafan di hari bahagia
Aizat orangnya sangatlah mesra
Bersama Farha sering ketawa
Indah gembiranya berhari raya
bersyukurlah kita nikmat yang ada
Candy bersolek berseri-seri
selepas bersolek pergi ke pekan
Budiey menyusun sepuluh jari
salah dan silap harap maafkan
Terima kasih tidak terperi
atas budimu duhai pembaca
Ambil kesempatan ucapan diri
selamat hari raya pada semua
Selamat Hari Raya!!
Hmmm, sudah habis puasa, sekarang beraya!