Bersendirian di rumah.
Hari semakin malam namun cuaca semakin panas dan aku terasa bahangnya. Kepanasan membuatku teringin untuk segelas air yang berais. Aku bangun lalu menyeret diriku ke dapur. Gelas kacaku berdecing ketika dituang air ke dalamnya. “Ahhh,” aku fikir pada diriku. Rasa air yang berais turnmembasahi tekakku amat menyegarkan. Tiba-tiba kedengaran guruh yang nyaring. Tidak lama kemudian, hujan pun turun dengan lebat. Kebahangan yang dirasakan hilang seperti air yang dicurah ke api yang perlahan-lahannya mati. Aku berjalan ke arah bilikku. Tiba sahaja di pintu bilikku, telefon berbunyi. “Siapa yang telefon malam-malam buta?” aku memikir pada diriku. Aku mengheret kakiku kearah telefon lalu mengangkat gagang telefon.
Leave a Comment
Be the first to comment!