SURAT KIRIMAN RASMI
Nazreena Bte Abdul Kader
Blk 173 Jalan Kayu
#08-128
Singapura (310173)
20 Julai 2009
Ke hadapan sahabatku Ameera Louisa Yang berada di rantauan Semoga senantiasa selamat selalu Saudari Saya berada dalam keadaan sihat, terima kasih. Saya berasa amat gembira mendengar awak berada dalam keadaan sihat dan gembira. Saya akan memberitahu awak tentang bagaimana kami menyelamatkan bumi.
Di Singapura, kami melakukan banyak perkara untuk menyelamatkan bumi. Antaranya ialah sekolah-sekolah kami mengadakan sebuah kelab yang selalunya dipanggil “Green Guradians”. Kelab ini melakukan banyak usaha-usaha untuk menyelamatkan bumi kami ini. Satu dariapadanya ialah mengadakan usaha-usaha mengkitar semula barang-barang yang berguna. Mereka juga memasuki aktiviti-aktiviti luar sekolah yang berkanaan dengan menyelamatkan bumi kami. Kami juga mengadakan hari bumi yang baharu sahaja diadakan tahun ini. Pada hari bumi ini, kami akan mematikan semua bakal elektrik di rumah-rumah kami selama sejam. Ini dilakukan di banyak negara di seluruh dunia.
Selain daripada itu, kami juga meletakkan tong untuk meletakkan barang-barang yang boleh dikitar semula. Tong-tong ini selalunya diletakkan di kolong-kolong blok di merata Singapura. Mereka yang bertanggungjawab akan mengosongkan tong ini dan membawa isinya ke tempat-tempat yang tertentu.
Itulah cara-cara kami membantu bumi untuk melawan pemanasan global. Memang benar apa yang awak katakan bahawa kami harus bermula untuk menyelematkan bumi. Saya berasa amat gembira kerana telah dapat berkiriman surat dengan awak. Saya harap untuk menerima balasan surat daripada anda. Jagalah diri awak baik-baik sementara berada di serantau.
Yang ikhlas
Nazreena.
Leave a Comment
Be the first to comment!